Peminat Sebar Jadual Aktiviti Wanna One - K Pop | mStar

Peminat Sebar Jadual Aktiviti Wanna One

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 5:10 AM

(Ubah saiz teks)

JADUAL peribadi Wanna One dilaporkan tersebar selepas seorang peminat fanatik berjaya mendapat maklumat itu daripada seorang staf syarikat pengurusan kumpulan itu, YMC Entertainment.

Koreaboo melaporkan beberapa paparan skrin perbualan di antara mereka tersebar dan jelas staf itu membocorkan maklumat peribadi Wanna One tanpa kebenaran.

Paparan skrin itu juga menunjukkan peminat yang menggunakan nama @ppforwoojin1102 berinteraksi dan mendapat maklumat sulit itu daripada seorang lelaki dikenali sebagai Kim Eun Jo.

Eun Jo juga didakwa mendedahkan jadual penerbangan Wanna One kepada peminat fanatik itu.

Dalam pada itu, YMC Entertainment menafikan pembabitan kakitangan mereka dalam kes itu dan mendakwa syarikat itu tiada staf bernama Kim Eun Jo.

Walaupun kelab peminat berjaya tampil dengan bukti kewujudan lelaki itu namun agensi itu tetap menafikannya.

Malah mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang berterusan membuat fitnah terhadap kakitangan syarikat itu.

Tags / Kata Kunci: Wanna One
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan