D.O (EXO) Jalani Kehidupan Tidak Normal

Diterbitkan: Khamis, 5 Oktober 2017 5:00 AM

D.O tidak dapat menjalani kehidupan normal sejak bergelar selebriti.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan EXO, D.O mendedahkan dia berasa sedih kerana tidak boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain selepas bergelar selebriti.

Pemilik nama sebenar, Do Jyung Soo ini berkata dia kini tidak boleh keluar ke tempat awam seperti mana sebelum dia bergelar artis dan mengakui ia bukan perkara mudah.

"Itu adalah cabaran terbesar bagi seorang selebriti seperti saya. Ia sangat sukar.

"Saya masih muda tetapi perlu berhadapan dengan perkara seperti ini dan tidak boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

D.O mendedahkan perkara itu ketika muncul menerusi program Party People.

Dalam pada itu, D.O turut memberitahu situasi dihadapinya itu hampir membuatkan dia berputus asa untuk meneruskan karier dalam bidang seni.

Bagaimanapun kejayaan dan sokongan daripada anggota EXO membuatkan D.O terus bersemangat untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

Tags / Kata Kunci: D.O , EXO

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan