Cinta Lee Joon Gi, Jeon Hye Bin Berakhir - K Pop | mStar

Cinta Lee Joon Gi, Jeon Hye Bin Berakhir

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 5:30 AM

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Joon Gi dan Jeon Hye Bin telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka. 

Menerusi laporan Soompi.com pada Jumaat lalu, sumber memberitahu pasangan tersebut sibuk dengan jadual kerja menyebakan mereka terpaksa berpisah.

Tambah sumber lagi, mereka akan saling menyokong karier satu sama lain biarpun tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih.

Malah, pihak agensi Lee Joon Gi dan Jeon Hye Bin juga telah mengesahkan berita tersebut.

Terdahulu, mereka telah mengesahkan hubungan cinta pada bulan April lalu. Dua pelakon ini mula rapat sejak bekerjasama menerusi drama Gunman in Joseon pada 2014.

Menurut agensi, mereka mula menjalin hubungan pada 2016. 

Tags / Kata Kunci: Lee Joon Gi , Jeon Hye Bin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan