Kerana Tatu Yoochun Dikecam Peminat

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 5:30 AM

Yoochun dikritik kerana mencacah tatu gambar tunangnya pada lengan kirinya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Yoochun hebat dikritik peminat gara-gara ahli kumpulan JYJ itu mencacah tatu terbaharu pada lengan kirinya.

Allkpop melaporkan mereka berang Yoochun melukis wajah tunangnya dan menganggap ia tindakan bodoh kerana ada kemungkinan hubungan pasangan itu tidak akan kekal lama.

Malah mereka turut menuduh Yoochun sengaja mencacah tatu gambar teman wanitanya untuk meniru penyanyi Justin Bieber yang pernah melukis wajah bekas kekasihnya, Selena Gomez pada lengan.

"Lihat apa jadi kepada Justin dan Selena? Mereka akhirnya putus dan Justin tidak dapat memadam tatu itu dengan mudah.

"Apa dilakukan Yoochun itu seperti meniru Justin tetapi hubungan dengan tunangnya belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan.

Gambar Yoochun yang mempunyai tatu dilengan kirinya berjaya dirakam.

"Jika apa-apa berlaku bagaimana dia ingin memadam tatu itu? Ia tindakan bodoh yang mungkin akan disesalinya kemudian hari," tulis peminat di laman sosial.

Dalam pada itu, peminat juga mempersoalkan tindakan Yoochun mencacah tatu ketika dia sedang menjalani latihan ketenteraan.

"Tidak ke dia boleh tunggu selepas selesai latihan tentera untuk cacah tatu?

"Tindakannya itu adakah melanggar peraturan dalam tentera?," soal peminat.

Tatu terbaharu Yoochun itu berjaya dirakam ketika penyanyi itu bertugas sebagai polis bantuan dan baju lengan pendek dipakainya menampakkan keseluruhan tatu itu.

Tags / Kata Kunci: Yoochun , JYJ

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan