Terlibat Skandal Seks, Onew (SHINee) Diboikot Peminat - K Pop | mStar

Terlibat Skandal Seks, Onew (SHINee) Diboikot Peminat

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 5:01 AM

Peminat memboikot karier Onew selepas dia didakwa terlibat dalam skandal seks.

(Ubah saiz teks)

SKANDAL seks melibatkan penyanyi Onew nampaknya membuatkan peminat berang dan mula memboikot ahli kumpulan SHINee itu.

Allkpop melaporkan peminat setianya bertindak menutup beberapa akaun media sosial yang diwujudkan bagi menyokong kariernya sebagai satu tanda protes terhadap Onew.

Malah akaun peminat paling popular Onewsama_announced turut ditutup selepas sembilan tahun ia diwujudkan.

Sementara itu, Onew kini sedang disiasat selepas didakwa atas kesalahan melakukan pencabulan terhadap wanita.

Akibat daripada kejadian itu, Onew kini direhatkan daripada SHINee dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti promosi kumpulan itu.

Tags / Kata Kunci: Onew , SHINee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan