Wajah Tampan Hyun Bin Bantu Lakonan YoonA - K Pop | mStar

Wajah Tampan Hyun Bin Bantu Lakonan YoonA

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 5:30 AM

YoonA memuji wajah Hyun Bin yang tampan.

(Ubah saiz teks)

MENERUSI program temu bual Happy Together, ahli kumpulan Girl Generation iaitu YoonA berkongsi pengalaman ketika bergandingan dengan pelakon Hyun Bin.

YoonA mengakui wajah tampan Hyun Bin membantu dia menjiwai watak dalam filem terbaru mereka iaitu Confidential Assignment. 

"Disebabkan wajah Hyun Bin terlalu kacak, jadi tak perlu lagi nak berlakon. Perkataan kacak terus terkeluar daripada mulut saya ketika melihatnya. 

"Malah, ia juga telah membantu lakonan saya," kata YoonA menerusi Soompi.com pada Jumaat.

Tambah YoonA, selain itu dia juga selesa membintangi filem tersebut dan ramai penonton memberi maklum balas yang baik tentang lakonannya.

"Saya sangat selesa berlakon dalam filem ini. Ramai penonton yang beritahu lakonan saya kelihatan seperti biasa," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: YoonA , Hyun Bin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan