Baju Renang Krystal Cecah RM1,400

Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPILAN pelakon Krystal dalam drama Bride of the Water God sering mendapat perhatian peminatnya.

Ahli kumpulan f(x) ini dikatakan sentiasa tampil dengan busana mewah dan moden.

Selain menggayakan gaun-gaun berjenama mewah, baju renang berwarna merah jambu yang dipakai dalam episod lima turut mendapat pujian.

Malah, sebuah Instagram fesyen mendedahkan bajurenang tersebut berharga sekitar RM1,400.

Netizen berpendapat baju renang itu cukup mahal berbanding baju renang biasa di pasaran.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Shin Se Kyung dan Lim Joo Hwan.

Tags / Kata Kunci: Krystal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan