Lee Jun Ki Tolak Soalan Tentang Teman Wanita

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 4:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Jun Ki enggan menjawab sebarang soalan berhubung percintaannya dengan Jeon Hye Bin kerana merasakan ia adalah hal peribadinya.

Allkpop melaporkan Jun Ki tidak mahu kisah cintanya menjadi perhatian orang ramai berbanding karier seninya yang sedang meningkat naik.

Perhatian terhadap kisah cinta pelakon itu selepas dia mengakui sedang bercinta dengan Hye Bin selepas beberapa kali menafikan mengenainya.

"Lebih baik bercakap mengenai karier dan drama lakonan saya daripada perkara peribadi," katanya ketika tampil bagi mempromosikan drama lakonan terbaharunya iaitu Criminal Mind.

Criminal Mind adalah sebuah program daripada Amerika Syarikat yang diadaptasi dan turut menampilkan pelakon seperti Son Hyun Joo dan Moon Chae Won.

Tags / Kata Kunci: Lee Jun Ki , Criminal Mind

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan