Komen 'Berapi' Kim Kardashian Untuk Aksi Nakal G-Dragon

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 7:19 AM

Aksi nakal G-Dragon bergambar dengan replika punggung Kim Kardashian menarik perhatian selebriti tersohor Hollywood itu.

(Ubah saiz teks)

SEPANJANG Julai ini, G-Dragon dilihat begitu sibuk dengan persiapan konsertnya  ACT III, M.O.T.T.E yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat.

Meski begitu, G-Dragon dilihat mengambil kesempatan bersiar-siar di sekitar Florida sementara berlangsungnya konsert tersebut.

Dipetik dari Koreaboo, G-Dragon sempat mencuri masa daripada kesibukannya dengan belayar bersama-sama rakan, David Grutman yang juga seorang usahawan.

Malah kedua sahabat ini tidak lupa untuk merakamkan foto kenangan bersama. Namun pada kali ini ada sesuatu yang sangat kelakar sehingga menarik perhatian netizen di laman sosial.

Gambar yang mendapat maklum balas Kim Kardashian di laman Instagram milik David Grutman.

Mana tidaknya, G-Dragon bersama David telah merakam sekeping foto dengan menyentuh replika balon berbentuk punggung Kim Kardashian.

Kedua-duanya dilihat begitu santai dengan aksi bersahaja biarpun waktu liburan tersebut agak singkat.

Foto tersebut dimuatnaik di akaun Instagram David Grutman yang turut dikirimkan secara terus ke Kim Kardashian dan juga G-Dragon.

Tanpa disangka isteri Kanye West ini menyukai foto tersebut dan telah memberi maklumbalas dengan meninggalkan komen tiga emoji api.

Tags / Kata Kunci: G Dragon

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan