Lee Jung Hyun Dah Tahu Pertunangan Song

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 1:00 AM

Lee Jung Hyun tahu mengenai perancangan kahwin pasangan Song sebelum Joongki beritahu pada umum.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lee Jung Hyun meluahkan rasa gembira terhadap pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Gyo atas pertunangan mereka pada awal Julai lalu.

Lee Jung Hyun, 37, memberitahu bagaimana dia mendapat tahu tentang perkahwinan pasangan ini yang bakal berlangsung pada 31 Oktober depan.

Menerusi laporan Soompi.com pada 25 Julai lalu, pelakon wanita ini berkata, Joong Ki yang merupakan pelakon gandingannya dalam filem terbaru The Battleship Island. 

Ketika ditemu bual, Jung Hyun memberitahu bahawa dia sudah tahu mengenai perancangan kahwin pasangan Song.

"Yang sebenarnya, saya tahu tentang berita tersebut sebelum Joong Ki beritahu kepada umum dan ia menjadi kecoh.

"Namun, saya tidak boleh berkongsi kepada sesiapa. Sebelum ini saya ada bertemu dengan dia dan memberitahu bahawa saya boleh menyanyi di majlis perkahwinan mereka sebagai hadiah.

"Tapi dia menolak tawaran tersebut. Saya dah bersedia untuk melakukan persembahan dengan lagu-lagu nyanyian saya berjudul Come dan Change.

"Joong Ki tidak mahu dan meminta saya datang melawat rumahnya selepas berkahwin sebagai ucapan tahniah," kata Jung Hyun.

Tags / Kata Kunci: Lee Jung Hyun , Song Joong Ki , Song Hye Gyo

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan