Cemburu Punca Hyori Tiada Kawan Selebriti

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 6:59 AM

Lee Hyori mengakui tidak mempunyai ramai kawan dalam kalangan selebriti.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Lee Hyori mengakui dia tidak mempunyai ramai kawan dalam kalangan selebriti terutamanya wanita.

Ini kerana kata Hyori persaingan dan sikap cemburu menjadi punca kepada perkara itu kerana masing-masing mempunyai agenda dan sasaran tertentu dalam karier masing-masing.

Hyori membuat pendedahan itu ketika berbual dengan penyanyi IU menerusi program realitinya, Hyori Home Stay.

"Saya memang tidak mempunyai ramai kawan selebriti malah jika ada apa-apa program atau acara anugerah saya sering hadir seorang diri.

"Bukannya apa saya tidak tahu hendak mengajak siapa kerana tiada kawan selebriti," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Tags / Kata Kunci: Lee Hyori , IU

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan