Soo Young Gelabah Pasport Hilang - K Pop | mStar

Soo Young Gelabah Pasport Hilang

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 5:20 AM

Soo Young gelabah apabila menyedari pasportnya tiada dalam simpanannya.

(Ubah saiz teks)

KASIHAN dengan penyanyi Soo Young, dia hampir tidak dapat menyertai kumpulannya SNSD ke Osaka, Jepun ekoran pasportnya tertinggal.

Lebih parah dia hanya menyedari pasportnya tiada dalam simpanannya ketika ingin melepasi pintu memasuki ruang pelepasan ketika berada di Lapangan Terbang Gimpo, Seoul baru-baru ini.

Jurugambar yang berada di lapangan terbang sempat merakamkan aksi gelabah Soo Young yang cuba mencari pasportnya namun gagal menemuinya.

Rupa-rupanya dia bukan sahaja tertinggal pasport malah tiket penerbangannya juga tiada ada dalam simpanannya.

Tindakan pantas pembantunya pulang mengambil dokumen penting itu di rumah menyelamatkan Soo Young daripada ditinggalkan oleh rakan-rakannya yang lain.

SNSD berada di Osaka bagi menghadiri konsert SM Town Live world Tour V.

Sementara itu, Soo young sempat memuat naik gambar pasportnya di Instagram dan memberitahu akan lebih berhati-hati selepas ini. - Koreaboo

Tags / Kata Kunci: Soo Young , SNSD
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan