Bapa Nafi Tak Restu Song Joong Ki Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 4:30 AM

Song Joong Ki bersama bakal isterinya.

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada pelakon Song Joong Ki menafikan khabar angin bahawa dia tidak merestui keputusan anaknya untuk menamatkan zaman bujang dengan  Song Hye Kyo.

Malah, seperti dipetik Soompi pada Selasa, bapa bintang Battleship Island itu berharap hubungan tersebut akan kekal ke akhir hayat.

"Song Joong Ki dalam usia terbaik untuk berkahwin dan saya setuju dengan keputusan mereka, sebagai orang tua, kami menghormati keputusan anak kami.

"Ramai yang kata saya tidak restu hubungan mereka, tapi itu semua salah faham," ujarnya.

Bapanya turut berpesan agar pelakon itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik selepas berkahwin.

"Saya mahu dia bekerja lebih keras sebagai pelakon dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga," katanya.

Pasangan yang bergandingan dalam drama Descendants of the Sun itu membuat pengumuman untuk berkahwin pada 31 Oktober depan.

Tags / Kata Kunci: Song Joong Ki , Dong Hye Kyo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan