Tiffany, Gray Dilamun Cinta

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 6:41 AM

Tiffany dan Gray mula bercinta pada penghujung tahun 2015.

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang ahli Girl's Generation, Tiffany dan Gray pernah digosipkan bercinta pada Januari 2016.

Ketika itu mereka berdua menafikan gosip tersebut dan memberitahu bahawa hubungan antara mereka sekadar rakan sekerja.

Terkini, sumber terdekat memberitahu Tiffany dan Gray sememangnya sedang dilamun cinta seperti yang dikhabarkan 18 bulan lalu.

"Mereka berdua memang mempunyai hubungan yang istimewa. Boleh dikatakan Tiffany dan Gray sedang dilamun cinta dan mereka merupakan pasangan yang secocok," kata sumber menerusi Soompi.com.

Menurut laporan, Tiffany dan Gray mula menjalinkan hubungan sejak penghujung 2015. 

Pasangan ini bertemu ketika Tiffany datang ke syarikat AOMG untuk bertemu produser Cha Cha Malone berkenaan album solonya.

Namun begitu, AOMG dan SM Entertainment menjelaskan bahawa mereka hanya rakan baik sahaja seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Tiffany , Gray

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan