Song Joong Ki Tulis Surat Minta Restu Peminat

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 6:39 AM

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada 31 Oktober depan.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS mengesahkan bakal berkahwin, pelakon Song Joong Ki tampil menulis sepucuk surat kepada peminatnya yang dimuat naik di laman sosial pada Rabu.

Menerusi surat itu, Joong Ki berharap peminat dapat merestui perkahwinannya dengan aktres Song Hye Kyo dan menjelaskan alasan dia merahsiakan hubungan itu daripada pengetahuan umum.

Jelasnya dalam surat terbuka itu, dia mula rapat dengan Hye Kyo ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri Descendents of the Sun tahun lalu.

Sejak itu hubungan mereka semakin rapat dan dia dapat berkongsi pelbagai rahsia peribadinya bersama Hye Kyo.

Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober depan.

"Saya menulis surat ini kerana ingin mendapatkan restu daripada anda semua.

"Selepas drama itu berakhir saya mendapat seorang kawan istimewa yang boleh saya kongsi perasaan sebenar saya dan hubungan itu bertukar menjadi cinta.

"Kami berjanji untuk menghabiskan hidup bersama dan akan sama-sama mengharungi susah dan senang," tulisnya seperti dilaporkan Koreaboo.

Dalam pada itu, Joong Ki berkata, dia bertindak merahsiakan berita perkahwinan itu kerana ia melibatkan banyak pihak selain perlu menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.

Tags / Kata Kunci: Song Joong Ki , Song Hye Kyo

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan