Eric Mun & Na Hye Mi Kongsi Foto Perkahwinan

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 5:01 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Korea Selatan Eric Mun (Shinhwa) secara rasmi bergelar suami kepada kekasihnya iaitu Na Hye Mi di sebuah gereja di Seoul, Korea pada Sabtu.

Majlis yang dilakukan secara tertutup itu dihadiri rakan-rakan rapatnya LKee Seo Jin, Yoon Kyun Sang dan anggota kumpulan Shinhwa lain.

Pada hari yang sama, pasangan itu juga berkongsi foto-foto pada hari istimewa mereka.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih secara tulus kepada semua peminat yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami.

"Kami akan saling menghormati satu sama lain dan berharap dapat membina keluarga bahagia akan datang," tulisnya pada kapsyen tersebut.

Sementara itu, agensi pengurusan artis, E&J Entertainmen yang mengatur kerjaya lakonan Eric mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap pernikahan itu.

"Eric yang merupakan ketua kumpulan Shinhwa dan aktif sebagai pelakon telah selamat menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin dengan Na Hye Mi pada Sabtu.

"Kami berterima kasih atas ucapan semua peminat dan berharap peminat terus menyokong kerja beliau selepas berkahwin," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Eric Mun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan