Choa Tinggalkan Aoa Kerana Hamil?

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 5:00 AM

Choa dikatakan sedang hamil anak kekasihnya, Seok Jin.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Choa mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah keluar daripada kumpulannya, Aoa di laman sosialnya, netizen mula membuat spekulasi mengenai keputusannya. 

Menerusi posting yang dimuatnaik, Choa, 27, menjelaskan dia meninggalkan Aoa disebabkan dirinya mengalami masalah kemurungan dan insomnia.

Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, SportsSeoul mengeluarkan foto Choa bersama Lee Seok Jin, Pengarah Najin Koporat di laman sosial.

Foto tersebut diambil ketika mereka pulang dari percutian secara privasi di Jepun pada 3 hingga 9 Mei. Menerusi foto itu, Choa ditemani dua orang kakaknya.

Sementara itu, Choa pernah menafikan mereka sedang bercinta pada bulan lalu. Selepas ramai yang berkata Choa mahu berkahwin kerana hamil, akhirnya, dia tampil menafikannya menerusi laman Instagramnya.

Foto yang dimuatnaik Choa pada 23 Jun lalu. Foto Instagram @queenchoa_.

"Saya tahu ramai yang percaya dengan gosip yang berterbangan sekarang, tapi saya tidak hamil, saya tidak keguguran dan saya tidak meninggalkan kumpulan untuk berkahwin.

"Ramai yang masih bekerja walaupun sedang bercinta. Jika saya mahu bercinta, lebih baik saya beritahu sahaja dan bekerja dalam masa yang sama. Jadi, saya tak tahu kenapa keputusan untuk meninggalkan Aoa boleh berkait dengan gosip cinta.

"Saya tak ramai kawan, jadi memang betul Seok Jin banyak membantu saya sejak akhir-akhir ini. Memandangkan bercinta itu tak salah, mungkin hubungan kami akan ke peringkat seterusnya," tulisnya.

Selain itu, Choa juga memberitahu dia hanya akan bercakap jujur apabila berkaitan dengan jodoh.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan