Terlibat Skandal Dadah, Peminat Terus Sokong T.O.P.

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 4:25 AM

T.O.P. sedang disiasat kerana penyalahgunaan dadah.

(Ubah saiz teks)

BERITA penyanyi T.O.P.terlibat dalam skandal penyalahgunaan dadah mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.

Bagaimanapun kejadian memalukan itu sedikit pun tidak membuatkan peminat ahli kumpulan Big Bang itu berganjak daripada terus menyokongnya.

Malah sejak berita mengenai penglibatan T.O.P. menggunakan dadah jenis marijuana tersebar sejak beberapa hari lalu, peminat mulakan kempen hastag #AlwaysHereForTOP.

Menerusi hastag itu, peminat bukan sahaja menunjukkan sokongan mereka malah turut memuat naik gambar T.O.P dengan mesej positif.

T.O.P kini masih disiasat kerana menggunakan dadah namun pada masa sama masih meneruskan latihan kententeraan sehingga keputusan mengenai kes itu dibuat.

Sementara itu, T.O.P. yang berdiam diri sejak kes itu tersebar memuat naik sekeping surat tulisan tangan di Instagram miliknya bagi memohon maaf kepada peminat atas kejadian itu.

T.O.P. dalam kenyataannya memberitahu dia tidak mempunyai sebarang alasan untuk mempertahankan dirinya dan mengakui apa dilakukan adalah salah.

Dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya pada masa hadapan dan terharu dengan sokongan peminat pada saat sukar ini.

Tags / Kata Kunci: T.O.P. , Big Bang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan