Jung Woo Sung Paling Kacak!

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 4:31 AM

Biarpun di usia 44 tahun, Jung Woo Sung masih mempunyai aura maskulin tersendiri.

(Ubah saiz teks)

BERITA baik buat anda yang meminati aktor dan model Jung Woo Sung.

Baru-baru ini figura ini dipilih sebagai selebriti paling kacak di Korea oleh sebuah program televisyen di negara itu.

Menariknya, Woo Sung, 44, berjaya menewaskan nama besar seperti So Ji Sub, Ha Jung Woo, Gong Yoo, Lee Seo Jin dan Yoo Hae Jin.

Pemilihan itu turut dipersetujui oleh peminat walaupun ramai mengakui populariti Gong Yoo lebih hebat daripada Wong Sung namun wajahnya yang kacak penyebab dia mendapat anugerah itu.

"Gong Yoo memang hebat jika dilihat dari sudut pandang seorang lelaki tetapi Jung Woo Sung lebih kuat daya penariknya.

"Tidak akan ada lelaki di Korea Selatan boleh mengalahkan ketampanannya," kata salah seorang netizen.

"Gong Yoo memang jadi idaman, tetapi Woo Sung melebihi dari itu," sahut Netizen lain.

Malah beberapa netizen lelaki turut mengakui perkara tersebut.

"Sebagai lelaki, aku tidak malu mengatakan Woo Sung itu di tangga pertama. Anda rasa?" tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Jung Woo Sung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan