Hamil Anak Pertama, Isteri Rain Masih Aktif Bekerja

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 5:59 AM

(Ubah saiz teks)

BAHARU sahaja mengumumkan kehamilannya Selasa lalu, isteri kepada pelakon dan penyanyi Rain iaitu Kim Tae Hee masih aktif seperti biasa.

Tiada tanda-tanda untuk berehat bagi memberi fokus kepada kandungannya, bintang berusia 36 tahun itu sebaliknya mengumumkan untuk berkolaborasi dengan sebuah syarikat kosmetik terkenal.

Seperti dipetik Koreaboo, Kim Tae Hee juga baharu sahaja mengadakan aktiviti bertemu peminat di Lotte Department Store, Seoul Sabtu lalu.

Terdahulu, Selasa lalu, agensi Kim Tae Hee mengumumkan bahawa wanita itu sudah hamil 15 minggu.

"Kim Tae kini hamil 15 minggu dan dia akan fokus terhadap kesihatan kandungannya. Dia juga ingin memberitahu berita gembira ini kepada semua dan berterima kasih atas doa peminat-peminatnya," ujar agensi.

Pasangan ini berkahwin pada 19 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Tags / Kata Kunci: Rain

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan