Sistar Istihar Bubar, Bawa Haluan Secara Solo

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 5:30 AM

Dikhabarkan Hyorin dan Soyu masih meneruskan kerjaya nyanyian manakala Bora dan Dasom akan ke bidang lakonan.

(Ubah saiz teks)

HAMPIR tujuh tahun mewarnai industri muzik Korea Selatan, band yang dianggotai empat gadis jelita, Sistar dengan rasminya dibubarkan.

Ini diakui sendiri syarikat rakaman mereka, Starship Entertainment yang memaklumkan kumpulan itu ibubarkan secara rasmi setelah album terakhir mereka dilancarkan pada penghujung Mei depan.

Menurut agensi kumpulan yang popular dengan lagu 'Alone' ini, besar kemungkinan empat anggota Sistar akan meneruskan karier seni secara solo.

"Saat ini kami sedang berbincang dengan kesemua anggota untuk membuat kontrak secara individu.

"Pihak kami akan menghentikan segala aktiviti berkumpulan setelah album terbaru mereka dilancarkan dalam waktu terdekat ini," akui wakil Starship Entertainment seperti yang dilapor Soompi, pada Selasa.

Dalam pada itu kata sumber terdekat, Hyorin dan Soyu tetap meneruskan kerjaya nyanyian manakala Bora dan Dasom akan menyertai bidang lakonan. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Sistar memulakan kerjaya nyanyian pada Julai 2010.

Tags / Kata Kunci: Sistar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan