Peminat Anjur Kempen Derma Darah Demi Suho (EXO)

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 5:30 AM

Peminat menyambut hari jadi Suho (EXO) dengan mengadakan kempen menderma darah. Foto KOREABOO

(Ubah saiz teks)

BAGI menyambut hari jadi penyanyi Suho yang ke-27 baru-baru ini, peminatnya di Turki tampil dengan idea unik sebagai menunjukkan sokongan kepada anggota kumpulan EXO itu.

Bekerjasama dengan sebuah persatuan di Turki, Koreaboo melaporkan peminat mengadakan kempen derma darah sebagai sambutan hari jadi Suho di negara itu dengan tujuan untuk membantu pihak memerlukan.

Mengangkat slogan Satu Titik, Seribu Harapan, program itu berjaya menghimpunkan lebih 135 peminat Suho untuk menderma darah.

Darah yang dikumpul pada acara itu cukup bagi membantu 405 pesakit yang memerlukan darah.

Sebelum ini ada peminat yang pernah membeli sebidang tanah selain membeli iklan yang menelan belanja tinggi sebagai hadiah buat artis kesayangan mereka.

Tags / Kata Kunci: Suho , EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan