Gong Yoo Rela Dedah Tubuh Demi Lakonan - K Pop | mStar

Gong Yoo Rela Dedah Tubuh Demi Lakonan

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 5:30 AM

Gong Yoo akui masih kekok di hadapan kamera namun cuba profesional demi tuntutan kerja seninya.

(Ubah saiz teks)

PANAS! apabila aktor popular Korea Gong Yoo memberitahu, demi tuntutan kerjaya seni, dia sanggup mendedahkan setiap inci tubuhnya di depan lensa kamera.

Aktor yang popular dengan drama Goblin atau Guardian: The Lonely and Great God ini meluahkan kenyataan tersebut ketika diwawancara media ternama dunia, CNN.

"Saya tiada masalah untuk mengeksploitasi tubuh seandainya ia dituntut naskhah yang dijayakan malah saya pernah lakukannya menerusi filem A Man and A Woman (2016) bersama Jeon Do Yeon.

Jelas Gong Yoo, sehingga saat ini dia masih mengalami masalah tidak 'mesra kamera' di mana menurutnya kamera sering membuatkan dirinya gugup untuk melakonkan babak-babak sebegitu.

"Sebenarnya saya cukup bencikan kamera dan rindukan kebebasan untuk bersiar-siar di tepi jalan tanpa diganggu peminat dan kamera yang membuatkan hidup tiada privacy," kata Gong Yoo.

Bagaimanapun sebagai artis terkenal, Gong Yoo sering dinasihatkan untuk menerima kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Gong Yoo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan