Hutan Diberi Nama G-Dragon

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 6:01 AM

G-Dragon.

(Ubah saiz teks)

UNTUNGNYA jadi G-Dragon! Mana tidaknya, sebuah hutan simpan di Pulau Jeju, Korea Selatan dinamakan bersempena nama anggota kumpulan Big Bang itu.

Hellokpop melaporkan G-Dragon adalah selebriti pertama yang dipilih untuk tujuan itu malah sebuah majlis pelancaran turut diadakan pada 14 Mei lalu.

Sebanyak 50 pokok citrus juga turut ditanam di sebuah muzium di hutan berkenaan yang terletak di Seogwipo.

Projek itu diusahakan oleh kelab peminatnya, Always-GD dengan kerjasama sebuah organisasi iaitu Tree Planet.

Ia dilakukan bersempena dengan sambutan hari lahir ke-29 penyanyi itu pada Ogos tahun lalu.

"Kami berbesar hati dapat membuka hutan ini kepada pengunjung dan berharap ia dapat menjadi lokasi pelancongan," kata wakil Tree Planet.

G-Dragon kini sedang dalam persiapan untuk mengadakan konsert jelajah dunia keduanya iaitu 2017 World Tour: Act III, M.O.T.T.E yang akan bermula pada Jun depan.

Selain Korea dan beberapa negara Asia, G-Dragon juga akan menjelajah ke Amerika Utara dan Oceania.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Big Bang

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan