Peminat Harapkan Yang 'Panas' Dari Black Pink

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 6:00 AM

Kumpulan Black Pink. FOTO: All Kpop

(Ubah saiz teks)

PERNAH tampil dengan beberapa kejutan dalam kerjaya seninya sebelum ini, kumpulan yang dianggotai empat gadis jelita, Black Pink khabarnya bakal membuat kemunculan semula sekitar Jun depan.

Ini seperti yang dinyatakan sendiri oleh Osen, pengurus dari syarikat rakaman YG Entertainment yang sekali gus membuatkan ramai peminat mula berteka-teki apakah kejutan yang bakal dibawa oleh Black Pink nanti.

YG Entertainment sebelum ini berjaya  menaikkan kembali beberapa nama popular seperti Big Bang, pemuzik Akdong, Sechskies, WINNER dan PSY sebelum ini.

Ia memberi harapan baru kepada peminat tegar kumpulan wanita ini bahawa sesuatu yang panas bakal ditampilkan Black Pink Jun nanti.

"Seiring dengan kemunculan semula mereka pada musim panas, pasti sesuatu yang lebih hangat dari sebelum ini akan mereka tampilkan   dan sebagai peminat kami tidak sabar untuk menantikan apakah kejutan itu," kata salah seorang peminat tegar mereka.

Pada Ogos 2016, Black Pink mengejutkan industri hiburan Korea apabila  berjaya melancarkan tiga muzik video dalam tempoh kurang daripada setahun yang melepasi 100 juta tontonan di Youtube dan ramai percaya mereka akan mengulangi kejayaan itu nanti. - All Kpop

Tags / Kata Kunci: Black Pink

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan