Hyung Sik Tiada Ciri Lelaki Idaman Park Bo Young

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 5:15 AM

(Ubah saiz teks)

MENERUSI wawancara terbarunya, pelakon Park Bo Young menjelaskan bahawa dia menyukai lelaki yang suka berterus terang.

Pada masa sama dia berkata, pasangannya dalam drama Strong Woman Do Bong Soon iaitu Park Hyung Sik bukanlah kekasihnya seperti yang digosipkan banyak pihak.

“Saya menyukai lelaki yang jujur mengungkapkan perasaannya. Namun sampai sekarang belum pernah ada lelaki yang berani meluahkan perasaannya.

“Bagi saya, lelaki yang berani buat begitu adalah sangat menarik," kata Park Bo Young seperti yang dilaporkan Soompi.

Selain katanya dia juga tertarik kepada lelaki yang memiliki pemikiran positif.

“Menjadi satu bonus jika saya menemui lelaki dengan sifat yang comel kerana saya tidak mempunyai sifat begitu,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Park Bo Young

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan