Konsert Percuma Untuk Peminat Kpop Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIAP sedia semua peminat kpop di Malaysia! Beberapa nama besar dari Korea Selatan akan menggegarkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 23 Mei ini menerusi sebuah konsert.

Lebih menarik, konsert yang diberi nama I-SEOUL-U itu diadakan secara percuma. Ha! apa lagi jom la kita beramai-ramai serbu.

Konsert itu bakal menampilkan YeSung daripada kumpulan Super Junior yang baru-baru ini baharu sahaja melancarkan album solo keduanya, Spring Falling.

Kemeriahan konsert itu turut diserikan dengan penampilan kumpulan kpop Red Velvet dan NCT 127 iaitu sub-unit kepada badn NCT.

I-SEOUL-U bakal berlangsung selama dua jam yang menjanjikan persembahan bertenaga daripada semua artis yang ditampilkan khas buat peminat.

Bagi menghangatkan suasana, konsert itu bakal menampilkan penyanyi rap, Altimet dan kumpulan De Fam sebagai menerusi persembahan pembukaan.

Bersempena dengan konsert itu juga, sebuah pentas khas berkonsepkan Korea di Pavilion Kuala Lumpur akan dibina bagi mempromosikan Seoul sebagai destinasi pelancongan.

Tags / Kata Kunci: I-SEOUL-U

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan