Lee Dong Gun Daftar Kahwin, Umum Jo Yoon Hee Hamil - K Pop | mStar

Lee Dong Gun Daftar Kahwin, Umum Jo Yoon Hee Hamil

Diterbitkan: Rabu, 3 Mei 2017 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKHIRNYA pasangan pelakon Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee kini sah bergelar suami-isteri.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh wakil syarikat yang dinaungi mereka seperti yang dilaporkan portal allkpop.com.

Malah Dong Gun sendiri menulis surat terbuka kepada para peminatnya bagi memaklumkan bahawa Yoon Hee kini sedang hamil.

"Saya telah menjadi sebahagian daripada keluarga Jo Yoon Hee.

"Kami juga telah bersedia untuk langkah seterusnya dalam alam perkahwinan apabila sedang menunggu kelahiran anak pertama.

"Buat masa ini, saya merancang untuk memberi tumpuan kepada drama Queen for 7 Days. Selepas itu baru saya akan merancang mengadakan majlis perkahwinan," katanya menerusi surat berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Lee Dong Gun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan