Perpustakaan Atas Nama Yunho Dirasmikan

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 5:30 AM

Peminat mendedikasikan sebuah perpustakaan dibawah nama U-Know Yunho.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH perpustakaan diberi nama U-Know Yunho Library sempena nama selebriti Yunho akan dirasmikan bulan depan.

Perpustakaan tersebut merupakan hasil kutipan derma peminat-peminat U-Know Yunho di seluruh Asia.

Ia terletak di Sichon Art Factory di Kwangsan iaitu kampung halaman pelakon dan penyanyi tersebut.

Selain itu kawasan tersebut juga dirancang untuk dijadikan lokasi pameran seni dan budaya.

Kesemua buku yang terdapat di perpustakaan itu juga berkaitan seni dan budaya.

Kutipan sumbangan itu dibuat pada Februari lalu sempena hari lahir U-Know Yunho atau nama sebenarnya Jung Yun-ho.

Selain kutipan wang tunai, peminat juga berjaya mengumpulkan sebanyak 1,000 buah buku.

Tags / Kata Kunci: U-know Yunho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan