Suzy Tubuh Agensi Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 23 April 2017 4:30 AM

Suzy

(Ubah saiz teks)

SETELAH kontrak dengan JYP Entertainment  tamat pada 31 Mac lalu, Suzy, 22, dikhabarkan sedang dalam proses menubuhkan agensi miliknya sendiri.

Bagaimanapun, menurut sumber, agensi pengurusan berkenaan ditubuhkan untuk artis-artis yang baik dengannya.

Tambah sumber, pemilik nama sebenar Bae Su-ji itu sudah menghantar dokumen bagi menubuhkan syarikat dan menerima nasihat daripada pelbagai pihak.

Namun, ramai pihak berpendapat Suzy akan meneruskan kontrak bersama agensi lamanya JYP Entertainment yang banyak mengangkat namanya sebagai penyanyi, pelakon dan model iklan.

Selain itu, dikhabarkan beberapa syarikat turut menghubungi penyanyi itu bagi menawarkan kerjasama.

Sehingga kini, Suzy belum memgumumkan sebarang berita mengenai kontrak dan syarikat yang ditubuhkan.

Tags / Kata Kunci: Suzy

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan