Hong Hyun Hee Cetus Kemarahan Netizen Antarabangsa - K Pop | mStar

Hong Hyun Hee Cetus Kemarahan Netizen Antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 22 April 2017 6:00 AM

Pelakon komedi Hong Hyun Hee dianggap tidak sensitif.

(Ubah saiz teks)

PROGRAM televisyen SBS berjudul Laughing Legend Match yang dilakonkan oleh Hong Hyun Hee telah mengundang kemarahan netizen antarabangsa.

Menerusi program berkenaan Hong Hyun Hee yang didandan menyerupai orang asli kulit hitam dituduh sebagai bersifat perkauman dan menghina kaum tersebut.

Rata-rata netizen yang tidak berpuas hati menuntut stesen televisyen itu membuat permohonan maaf terhadap kandungan yang menyinggung perasaan penonton.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menimbulkan masalah dan rasa bersalah penduduk di Korea Selatan.

Penduduk di sana juga tidak menganggap perkara berkenaan sebagai perkauman atau menimbulkan sensitiviti masyarakat.

Sehingga kini, pihak stesen televisyen tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan tindakan terhadap video berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Hong Hyun Hee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan