Lee Min Ho Mula Latihan Tentera 12 Mei

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 5:30 AM

Lee Min Ho bakal memulakan latihan ketenteraan pada Mei ini.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Min Ho bakal memulakan latihan ketenteraan selama dua tahun bermula Mei ini.

Korea Herald melaporkan perkara itu disahkan sendiri oleh pihak pengurusannya iaitu MYM Entertainment berhubung teka-teki berhubung perkara itu.

"Benar Lee Min Ho akan memulakan latihan ketenteraannya bermula 12 Mei ini dan buat masa ini dia sedang membuat persediaan sebelum memasuki kem," kata wakil pengurusannya.

Bagaimanapun, Min Ho tidak akan menjalani latihan ketenteraan yang berat seperti pelatih lain dan akan bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Awan di pejabat Gangnam-gu.

Ini kerana Min Ho tidak boleh melakukan aktiviti berat kesan daripada kemalangan jalan raya yang dialaminya bersama pelakon Jung Il Woo pada 2006.

Min Ho memulakan kariernya pada 2003 menerusi drama bersiri berjudul Campus.

Namanya menjadi fenomena apabila lakonannya dalam Boys Over Flowers menjadi kegilaan di seluruh Asia.

Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan