Paparazi Dedah Luhan (EXO) Sudah Ada Anak

Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 6:00 AM

Bekas anggota kumpulan EXO, Luhan dilaporkan sudah mempunyai teman wanita dan seorang anak.

(Ubah saiz teks)

BEKAS anggota kumpulan EXO iaitu Luhan dikhabarkan sudah pun mempunyai teman wanita dan seorang anak!

Perkara itu didedahkan oleh seorang paparazi di China yang dikenali sebagafi Zhou Wei.

Menurut Allkpop, Zhou membuat pendedahan itu selepas pernah memberi bayangan tentang perkara itu dalam sebuah program di Korea Selatan.

Peminat mula membuat spekulasi dan mengatakan lelaki dimaksudkan itu adalah Luhan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripada pihak Luhan sendiri berhubung pendedahan itu.

Tags / Kata Kunci: Luhan , EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan