DIA Tambah Dua Anggota Baharu - K Pop | mStar

DIA Tambah Dua Anggota Baharu

Diterbitkan: Ahad, 9 April 2017 5:30 AM

DIA kini mempunyai sembilan orang anggota.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN DIA menambah dua anggota baharu sebagai persediaan untuk membuat kemunculan semula.

Koreaboo melaporkan DIA yang sebelum ini hanya mempunyai tujuh anggota mengambil keputusan menambah ahli bagi memantapkan lagi barisan hadapan kumpulan itu.

Perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu MBK Entertainment.

Dua ahli baharu itu, Jooeun dan Somyi dikatakan mempunyai kekuatan vokal yang mantap dan akan mengampil alih tempat Seunghee yang meninggalkan DIA pada April tahun lalu.

Seunghee ketika itu memberi alasan ingin mengembangkan karier lakonannya sebagai punca dia meninggalkan DIA.

Sebagai langkah promosi, DIA melancarkan kembali lagu You Are My Flower pada 6 April lalu berserta konsert mini pada hari berikutnya sebelum tampil dengan album terbaharu iaitu YOLO.

Tags / Kata Kunci: DIA
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan