Peminat Ugut Patahkan Jari Demi Moon Chae Won

Diterbitkan: Sabtu, 8 April 2017 5:30 AM

Moon Chae Won

(Ubah saiz teks)

PELBAGAI helah dilakukan peminat untuk mendekati selebriti kesayangan mereka termasuk sanggup mencederakan diri sendiri.

Namun bagi pelakon Moon Chae Won, tindakan keterlaluan yang dilakukan peminat tidak dikenali menimbulkan rasa kurang senang terutamanya kebimbangan berhubung isu keselamatan.

Terbaharu, aktres itu dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial yang mengaku sebagai teman lelakinya.

Menurut laporan portal koreaboo.com, Moon Chae Won dan agensi yang dinaunginya iaitu Namoo Actors memandang isu berkenaan sebagai sesuatu yang serius.

Ia susulan satu posting di Internet di mana pengguna berkenaan mendakwa sebagai teman lelaki Moon Chae Won sejak 2015.

"Saya telah menjadi teman lelaki Moon Chae Won sejak 2015.

"Jika anda boleh buktikan ia adalah palsu, saya akan mematahkan jari saya sendiri," tulis lelaki itu.

Menurut undang-undang Korea Selatan, komen berniat jahat yang mengandungi fakta palsu boleh dikenakan hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda sehingga 50 juta Won (USD 44,174).

Selain itu individu terbabit juga boleh dihukum kerana fitnah secara umum yang membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau fitnah menerusi penerbitan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara.

Tags / Kata Kunci: Moon Chae Won

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan