Jaejoong (JYJ) Lawat Peminat Koma Di Hospital - K Pop | mStar

Jaejoong (JYJ) Lawat Peminat Koma Di Hospital

Diterbitkan: Khamis, 6 April 2017 5:31 AM

Jaejoong meluangkan masa melawat peminatnya dari Thailand yang koma di sebuah hospital di Seoul, Korea. Foto ALLKPOP

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Jaejoong dari kumpulan JYJ meluangkan masa melawat peminatnya yang berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di Korea Selatan.

Allkpop melaporkan peminat itu yang dikenali sebagai Rapiphorn Nasaarn yang berasal dari Thailand jatuh sakit ketika berada di Seoul untuk melancong dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Selebriti terkenal itu menghabiskan masa selama 20 minit melawat Rapiphorn namun memakai topi dan penutup wajah bagi mengelakkan identitinya dikenali.

Jaejoong turut bermurah hati dengan menderma wang tunai sebanyak USD18,000 (RM79,000) kepada bapa wanita itu, Theerapong Nasaarn yang terbang ke negara itu untuk mejaga anaknya.

Penyanyi itu turut mengambil gambar swafoto bersama Rapiphorn dan meminat bapanya menunjukkan gambar itu kepadanya apabila dia sedar nanti.

Jaejoong turut mendermakan wang kepada bapa peminatnya.

Rapiphorn atau dikenali sebagai Min adalah peminat kpop dan pernah menonton konsert JYJ yang diadakan di Bangkok pada Mac lalu.

Penyanyi itu mendapat tahu tentang keadaan Min daripada salah seorang kenalan dari Thailand yang bekerja di Persatuan Pengurusan Industri Hiburan Korea.

Dia terus melawat wanita itu sejurus selepas pulang dari menjayakan konsert di Taiwan.

Sementara itu, Pengarah Persatuan Pengurusan Industri Hiburan Korea, Lee Ill yang turut menemani Jaejoong pada lawatan itu memberitahu penyanyi itu sebenarnya tidak mahu perkara itu menjadi tumpuan umum.

Bagaimanapun Ill berkata, Jaejoong berterima kasih kepada sokongan peminat dan niatnya hanya ingin membantu peminatnya yang telah banyak memberi sokongan kepadanya.

Tags / Kata Kunci: Jaejoong , JYJ
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan