Lee Joon Gi & Jeon Hye Bin Hangat Bercinta

Diterbitkan: Rabu, 5 April 2017 5:30 AM

Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sejak berlakon dalam drama “Gunman in Joseon” pada 2014.

(Ubah saiz teks)

AKHIRNYA pasangan pelakon Lee Joon Gi dan Jeon Hye Bin mengakui mempunyai hubungan istimewa sejak pertama kali digandingkan bersama menerusi drama pada 2014.

Menurut laporan portal soompi.com, hubungan cinta pasangan itu disahkan agensi yang dinaungi mereka iaitu Namoo Actors.

"Lee Joon Gi dan Jeon Hye Bin bertemu sebagai rakan kerja melalui drama pada tahun 2014. Namun ketika laporan mengaitkan hubungan cinta tersebar pada ketika itu, mereka sekadar berkawan baik.

"Walau bagaimanapun hubungan itu semakin berkembang dan mereka dilihat lebih mesra sehingga awal 2016," demikian menurut kenyatan Namoo Actors.

Tambah kenyataan itu lagi, pasangan itu terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendedahkan mengenai hubungan mereka kerana mahu berhati-hati dalam isu percintaan.

"Mereka mempunyai banyak persamaan sebagai kawan dan mula tertarik antara satu sama lain.

"Selepas menghabiskan banyak masa bersama, mereka kini semakin selesa," kata kenyataan itu lagi.

Tags / Kata Kunci: Lee Joon Gi , Jeon Hye Bin

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan