Ahli Big Bang Dedah G-Dragon Sering Gagal Bercinta

Diterbitkan: Selasa, 21 Mac 2017 5:40 AM

Ahli kumpulan Big Bang mendedahkan G-Dragon malang dalam soal percintaan.

(Ubah saiz teks)

DI SEBALIK populariti sebagai selebriti terkenal, penyanyi G-Dragon sebenarnya sering mengalami kegagalan dalam percintaan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh anggota kumpulan Big Bang iaitu Taeyang ketika muncul menerusi program MBC Radio Star baru-baru ini.

Dedah Taeyang lagi G-Dragon tidak pandai bercinta dan memainkan peranan dalam sesuatu hubungan yang pada akhirnya ia tidak berkekalan.

Bagaimanapun katanya, rakan mereka itu sebenarnya bijak dalam memberikan nasihat tentang cinta namun tidak pernah digunakan untuk diri sendiri.

"G-Dragon sangat pandai dan bijak apabila menasihat orang lain dalam soal percintaan tetapi dia sendiri teruk kalau bercinta.

"Tetapi selalunya nasihat yang dia berikan tidak membantu malah akan menyebabkan hubungan anda dan teman wanita menjadi semakin buruk," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Taeyang juga memberitahu dia tidak mahu lagi mendengar nasihat rakan baiknya itu berhubung soal hati dan perasaan.

Tags / Kata Kunci: Big Bang , G-Dragon , Taeyang

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan