Chanwoo (iKON) Cedera Ketika Penggambaran Video Muzik

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 5:30 AM

Chanwoo dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran video muzik terbaharu kumpulan iKON. Foto KOREABOO

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Chanwoo daripada kumpulan iKON terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran video muzik terbaharu mereka baru-baru ini.

Koreaboo melaporkan Chanwoo mengalami kecederaan di bahagian buku lali kakinya selepas terjatuh.

Walaupun ingin meneruskan kerjanya namun pihak pengurusannya, YG Entertainment menghentikan penggambaran tersebut dan membawanya ke hospital berdekatan.

YG Entertainment dalam satu kenyataan berkata keadaan Chanwoo tidak serius namun perlu berehat bagi memastikan kecederaan pada bahagian kakinya itu segera sembuh.

Malah kata kenyataan itu, konsert kemunculan semula mereka di Yokohama Arena Dome dalam masa terdekat ini juga tidak akan dibatalkan disebabkan perkara itu.

"Sebab itu kami mahu dia berehat agar dapat beraksi pada konsert itu nanti dan keadaannya juga tidak serius," ujar wakil syarikat itu.

Tags / Kata Kunci: Chanwoo , iKON

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan