Don Malik Dilarang Masuk Amerika Syarikat - K Pop | mStar

Don Malik Dilarang Masuk Amerika Syarikat

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 8:46 PM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap Korea Selatan, Don Malik, yang sepatutnya mengadakan persembahan di Texas Amerika Syarikat pada Jumaat dihalang untuk masuk ke negara itu.

Beliau sepatutnya membuat persembahan pada festival 'South by Southwest' (SXSW).

Masalah mula timbul ketika beliau bersama kru mendarat di lapangan terbang antarabangsa San Francisco dan dilarang untuk memasuki Amerika Syarikat oleh pihak kastam sebelum ditahan selama 24 jam.

Insiden tersebut turut membabitkan beberapa lagi kumpulan asing. Don Malik juga mendakwa telah dikasari dan dilayan secara rasis oleh pegawai kastam sepanjang tempoh ditahan.

Menurut pihak ejen Don Malik, pegawai kastam terbabit telah menggunakan kata-kata kesat merujuk kepada Don Malik dan kumpulan pelancong asing lain yang turut ditahan sebelum dipaksa untuk pulang ke Korea.

 

Tags / Kata Kunci: Don Malik
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan