Iron Ditahan Cederakan Teman Wanita

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 5:45 AM

Iron ditahan selepas dia dikatakan menyerang teman wanitanya. Foto Ihsan Koreaboo.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI rap iaitu Iron telah ditangkap polis dan didakwa selepas dituduh menyerang teman wanitanya.

Laporan polis yang dibuat pada Selasa mendapati Iron ditahan selepas dituduh melakukan serangan terhadap teman wanitanya.

Koreaboo
melaporkan, Iron dikatakan telah menumbuk teman wanitanya kerana enggan memenuhi permintaannya untuk melakukan hubungan seks.

Kejadian itu berlaku di akhir bulan September 2016 tetapi tidak didedahkan kepada umum sehingga laporan itu dikeluarkan pada Selasa.

Satu lagi insiden dipercayai berlaku hanya 15 hari selepas serangan pertama terhadap teman wanitanya itu.

Dalam kejadian kedua, Iron didakwa mencekek teman wanitanya dan menumbuk di muka sehingga meninggalkan lebam selain menyebabkan patah jari kiri selepas wanita itu mahu memutuskan hubungan.

Sebelum ini, Iron telah ditangkap kerana kesalahan menghisap ganja.

Tags / Kata Kunci: Iron

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan