Ku Hye Sun Jumpa Barang Dan Foto Bekas Kekasih Suami

Diterbitkan: Ahad, 12 Mac 2017 4:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ku Hye Sun mendedahkan pernah menemui barang peribadi pemberian dan foto-foto bekas kekasih suaminya Ahn Jae Hyun. 

Pelakon wanita berusia 32 tahun ini mengakui berasa hati dan mengambil masa untuk bersendiri. 

"Saya pernah terjumpa gambar dan barang-barang bekas kekasih suami dan ketika itu saya minta masa untuk bersendiri. 

"Saya menghambiskan masa selama empat jam di luar membuang rasa cemburu," ujarnya. 

Tambahnya, perkara itu didedahkan dalam satu program Honeymoon Diary

Ku Hye Sun dan suaminya pelakon Ahn Jae Hyun menjalinkan hubungan cinta selepas membintangi drama bersiri Blood dan memutuskan untuk berkahwin pada tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Ku Hye Sun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan