Cinta Dua Tahun Sulli & Choiza Berakhir

Diterbitkan: Rabu, 8 Mac 2017 5:30 AM

Hubungan Choiza dan Sulli kini tinggal kenangan apabila mereka mengumumkan perpisahan selepas dua tahun bercinta.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN Sulli dan Choiza mengambil keputusan mengakhiri percintaan mereka selepas dua tahun bersama sebagai pasangan kekasih.

Syarikat pengurusan SM Entertainment dan Amoeba Culture yang mewakili kedua-dua artis itu turut mengesahkannya selepas ia mula diperkatakan oleh peminat.

Perkara itu terdahulu tersebar selepas sumber terdekat pasangan itu dikatakan mendedahkan perkara berkenaan kepada media.

"Selepas melihat laporan yang dikeluarkan berhubung isu ini, kami mengesahkan mereka telah pun berpisah.

"Bagaimanapun mereka tetap akan kekal sebagai sahabat baik," kata kenyataan dikeluarkan seperti dilaporkan Koreaboo.

Malah Amoeba Culture yang mewakili Choiza pula memberitahu kesibukan terhadap karier masing-masing turut menjadi punca perpisahan itu.

"Jadual mereka padat dan cara hidup yang berbeza menyumbang kepada perpisahan itu," tulis kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Choiza , Sulli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan