Peminat Bimbang G-Dragon Kembali Merokok

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 5:30 AM

Peminat bimbang G-Dragon kembali kepada tabiat merokok.

(Ubah saiz teks)

PEMINAT penyanyi G-Dragon berasa bimbang ahli kumpulan Big Bang itu akan kembali merokok selepas dia mengakui sudah meninggalkan tabiat buruk itu pada Januari lalu.

Koreaboo melaporkan pengikut laman sosial G-Dragon tidak senang dengan tindakan penyanyi itu yang memuat naik gambar rokok di Instagram.

Tindakannya itu seolah-olah memberitahu dia kembali kepada tabiat lamanya atau pun sedang bergelut untuk tidak merokok sepenuhnya.

"Kami faham keputusan untuk terus berhenti merokok bukan senang tetapi kami sayangkan Oppa (G-Dragon).

"Tolong jangan merokok, ia membahayakan kesihatan," kata salah seorang peminat di ruang komen.

Tags / Kata Kunci: G-Dragon , Big Bang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan