Muzik Video BTS Raih 32 Juta Tontonan Di YouTube - K Pop | mStar

Muzik Video BTS Raih 32 Juta Tontonan Di YouTube

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

MUZIK video lagu Not Today nyanyian BTS kini mencecah 32 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan kira-kira sembilan hari lalu.

Not Today merupakan salah satu daripada empat buah lagu dalam album terbaharu mereka berjudul Wings.

Sejak dilancarkan pada 19 Februari lalu, muzik video itu mendapat sambutan daripada kelab peminatnya seluruh dunia.

BTS memilih lokasi di sebuah pakir bawah tanah yang gelap sebagai latar utama kemudian berpindah ke sebuah lapangan terbuka luas.

Salah seorang anggotanya Jimin Cs menunjukkan koreografi yang hebat dan menjadi trademark BTS sejak awal kemunculan mereka.

Kumpulan ini dijangka mengadakan rangkaian konsert jelajah The Wings Tour pada 29 April depan di beberapa negara Asia.

 

Tags / Kata Kunci: BTS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan