Somi (I.O.I) Ditinggalkan Kekasih Selepas Seminggu Bercinta

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 5:30 AM

Somi mendedahkan hanya sempat bercinta selama seminggu sebelum ditinggalkan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Somi yang juga anggota kumpulan I.O.I mendedahkan dia pernah ditinggalkan bekas teman lelakinya hanya selepas seminggu bercinta.

Somi berkata lelaki berkenaan meninggalkannya kerana dia tidak mempunyai ciri-ciri yang diingini dalam diri seorang wanita.

"Saya pernah bercinta sebelum ini tetapi hubungan itu hanya bertahan selama seminggu sahaja.

"Alasan dia memutuskan hubungan kami adalah kerana saya tidak memenuhi kriteria yang dicari," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Somi mendedahkan perkara itu ketika ditemubual menerusi program Unnie's Slam Dunk baru-baru ini.

Dalam pada itu, Somi berkata, walaupun kejadian itu meninggalkan kesan terhadap dirinya namun dia masih berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki budiman dan dapat menerima diri dia seadanya.

"Saya mahu ada teman lelaki kerana saya tidak pernah benar-benar merasai percintaan dan jika ada pun ia hanya sekadar cinta monyet," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Somi , I.O.I

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan