Kutuk Peminat, Hwayong Digugur Dari Boys 24

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA bercakap buruk tentang peminat, salah seorang anggota kumpulan Boys 24 iaitu Hwayong dibatalkan kontrak dan digugurkan daripada kumpulan itu.

Menerusi sebuah rakaman suara yang tersebar, penyanyi itu mengatakan dirinya berasa ingin muntah kerana terbau nafas seorang peminatnya.

Disebabkan kejadian itu, agensi pengurusannya CJ E&M memohon maaf kepada peminat berkenaan dan mengumumkan penyingkiran Hwayoung secara rasmi.

"Kami meminta maaf kepada peminat Boy 24 yang tersinggung dengan kenyataan Hwayoung. Kami juga ingin memberitahu bahawa telah membatalkan kontrak eksklusifnya sebagai artis," ujarnya.

Tambah agensi, perkara itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang boleh merosakkan reputasi kumpulan itu.

Tags / Kata Kunci: Hwayong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan