Kim Jong Kook Punca Pembatalan 'Running Man' Ditarik Balik

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 5:30 AM

Penarikan semula pembatalan Running Man disebabkan Kim Jong Wook.

(Ubah saiz teks)

PENGARAH siri Running Man, Nam Seung Yong mendedahkan keputusan penarikan semula pembatalan program popular itu adalah disebabkan oleh Kim Jong Kook.

Koreaboo melaporkan Jong Kook memainkan peranan penting dalam memujuk semua enam peserta lain untuk terus kekal bersama program itu agar ia tidak dibatalkan.

"Sebelum saya bertemu peserta lain, saya berjumpa dengan Jong Kook terlebih dahulu untuk menyakinkannya agar terus bersama Running Man.

"Dia bersetuju untuk terus bersama dengan siri itu dan kemudiannya mengikut saya untuk memujuk peserta lain sehingga mereka bersetuju.

"Tanpa Jong Kook tidak mungkin pembatalan Running Man akan ditarik balik," katanya.

Sebelum ini, stesen SBS mengumumkan Running Man akan ditamatkan selepas kontroversi penyingkiran Jong Kook dan Song Ji Hyo.

Bagaimanapun hanya selepas sebulan berita mengejut itu, pihak SBS mengeluarkan kenyataan program itu akan diteruskan dengan enam ahli.

Sementara itu, Jong Kook dan Ji Hyo dikatakan masih terluka dengan kontroversi yang melanda sebelum ini namun bersetuju untuk terus bersama Running Man kerana peminat.

"Mereka cukup terluka tetapi apabila mengenangkan sokongan peminat dari seluruh dunia mereka bulatkan hati dan kembali bersama siri itu.

"Malah mereka juga bersetuju untuk mengadakan persembahan jelajah di Asia nanti," kata sumber.

Tags / Kata Kunci: Running Man , Kim Jong Kook

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan