Jang Hyuk Janji Menyanyi Semula Jika Rating 'The Voice' Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 4:00 AM

Jank Hyuk

(Ubah saiz teks)

PELAKON Jang Hyuk berjanji untuk muncul semula sebagai penyanyi jika drama yang dilakonkannya iaitu The Voice mendapat rating yang tinggi.

Pelakon yang pernah popular dengan drama Beautiful Mind ini pernah bergelar penyanyi rap sekitar tahun 2000.

"Jika rating The Voice meningkat lebih 8 peratus saya akan menyanyi semula," ujarnya dengan bersemangat.

Drama The Voice yang ditayangkan di OCN mencuri perhatian penonton dan kini menjadi antara drama yang sedang meningkat naik.

Drama jenayah ini ditayangkan mulai 14 Januari lalu turut dibintangi oleh Lee Ha Na dan Yesung Super Junior.
Tags / Kata Kunci: Jank Hyuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan