G-Dragon Berparti Dengan Bella Hadid Di Paris

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 5:30 AM

G-Dragon berparti dengan model terkenal Bella Hadid ketika berada di Paris.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI G-Dragon yang dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini dilihat berparti sakan bersama model terkenal, Bella Hadid.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Big Bang itu memuat naik gambar bersama Bella bersama pereka barang kemas terkenal Jepun, Yoon Ambush di kelab Le Pompon, Paris.

Kedua-dua mereka dilihat seronok menghabiskan masa bersama pada parti yang diadakan bersempena pameran jenamanya PEACEMINUSONE.

G-Dragon turut memuat naik gambarnya bersama Bella (tengah) di Instagram miliknya.

Turut dilihat hadir ke parti berkenaan adalah pereka fesyen, Charaf Tajer selain beberapa model dan kenalannya di Paris.

Sumber memberitahu G-Dragon secara peribadi menjemput Bella menghadiri parti berkenaan.

Pada Julai tahun lalu, mereka berdua pernah digandingkan sebagai penghias muka depan majalah Vogue edisi China.

Selain mengadakan pameran jenamanya, G-Dragon turut menghadiri pertunjukan fesyen koleksi musim bunga/panas jenama Chanel dan Bella turut menghadiri acara tersebut.

Tags / Kata Kunci: Bella Hadid , G-Dragon

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan